Friday, January 2, 2009

Bantu Rakyat Palestin dengan QUNUT NAZILAH

Assalamualaikum w.b.t ..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan orang2 yang mengikuti jalan mereka sehingga ke penghujung dunia.

Bumi Palestin adalah merupakan bumi yang menjadi tempat Mi'rajnya nabi SAW dari Makkah al-Mukarramah. Allah SWT telah bersabda (bermaksud): "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk kami tunjukkan padanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami .." (al-Isra': 1)

Menunjukkan betapa kedudukan bumi Palestin ini begitu sekali penting di sisi Islam sehingga diperjalankan nabi SAW di dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda SAW. Di dalam hadis Rasulullah SAW, Baginda juga telah bersabda (yang bermaksud): "Tidak ada rehlah (perjalanan) bagi kamu kecuali pada 3 masjid ini: Masjidul Haram, Masjid aku (masjid Nabawi) dan Masjidul Aqsa". (hadis Sahih)

Namun pada hari ini dan saat ini, kita sedang melihat bahawa saudara kita di bumi Palestin (GAZA) sedang dibunuh oleh Yahudi laknatullah. Bilangan mangsa rakyat Palestin yang terbunuh bertambah ramai sehingga bilangannya mencecah ratusan orang terutamanya di kalangan anak-anak kecil dan wanita. Begitu juga dengan bilangan orang yang tercedera, jumlah mereka pada saat ini sudah mencecah ribuan orang. Hospital utama di GAZA pula tidak cukup bekalan untuk mengubati pesakit-pesakit yang tercedera sehingga ramai di kalangan mereka yang mati disebabkan oleh kekurangan bekalan.

Sahabat-sahabat ana sekalian,

Kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa ...

Kita tidak punya kekuatan untuk memikul senjata, bahkan kita tidak punya senjata untuk sama-sama berjihad membantu rakyat Palestin yang sedang dihuji dengan peluru dan bom yang bertebaran ...

Tetapi kita punya Allah saja saat ini !!!

Oleh itu, ANA MENYERU KEPADA SAHABAT - SAHABAT SEKALIAN, BANYAKKANLAH BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI SANA ... ANA MENYERU AGAR ANTUM MEMBACA QUNUT NAZILAH DI DALAM SOLAT NAFILAH PADA SETIAP KALI SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT FARDU, ATAUPUN SETIDAK-TIDAKNYA, DIRIKANLAH SOLAT WITIR (satu ataupun tiga rakaat) SEJURUS SELEPAS SOLAT ISYAK DAN AKHIRI RAKAAT TERAKHIR SOLAT TERSEBUT DENGAN QUNUT NAZILAH...

Dirikanlah ia secara bersendirian mahupun secara berjemaah.

Mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusu', tunduk dan hina memohon agar Allah SWT menghancurkan Yahudi laknatullah dan kuncu-kuncunya serta kuatkan iman dan perteguhkan kekuatan umat Islam di Palestin.

Allah SWT tidak membiarkan hambanya yang beriman dianiaya begitu sahaja, tetapi Allah SWT mahu hambanya terlebih dahulu bangun dan memohon kepadaNya ... Oleh itu, bantulah SAUDARA se-ISLAM kita di bumi Palestin.

Wallahu a'lam ..

No comments: