Tuesday, January 13, 2009

Ceramah Kuliah Maghrib UTM

semalam saya menghadiri ceramah di masjid sultan Ismail UTM, ceramah itu amat bagus kerana penyampaian dan input yg diberi amat berguna.

Sunday, January 11, 2009

Doa Qunut Nazilah

] Demokrasi Pilihanraya Kampus UTM mula di cabuli


Pilihanraya kampus UTM yang diharap-harapkan bersih, telus dan adil telah mula di kotori oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ugutan, sekatan dan ancaman mula dikenakan terhadap mahasiswa yang mendokong dan menyokong Pro Mahasiswa.

Ugutan buang kolej telah menjadi "senjata ampuh" bagi menakut-nakutkan mahasiswa. Ini merupakan suatu pencabulan yang dilihat tidak begitu beretika dan tidak bermaruah serta pengecut. Hak mahasiswa untuk mengundi calon pilihan mereka telah dinafikan dengan ugutan-ugutan yang tidak profesional sedangkan pilihanraya kampus diadakan adalah untuk memilih calon-calon yang layak untuk memimpin Mahasiswa.

Walaubagaimanapun, Pro Mahasiswa tidak sekali-kali gentar dengan ugutan seperti itu. Pro Mahasiswa jelas tentang perjuangan yang ingin di bawa. Kepimpinan Pro Mahasiswa sanggup menghadapi semua ini asalkan Mahasiswa UTM akan datang lebih terarah. Pro Mahasiswa sanggup menawarkan diri untuk di ancam, asalkan hak-hak mahasiswa tidak di cabuli oleh mana-mana pihak!! Pro Mahasiswa sanggup bekerja tanpa dibayar gaji malah mengeluarkan duit poket sendiri demi untuk menjaga kebajikan mahasiswa!! Pro Mahasiswa sanggup berjaga malam untuk melakukan gerak kerja Pilihanraya kampus demi memperjuangkan sebuah keadilan, kebenaran dan demi UTM yang kami cintai. Student...Power! !!

Duta-Duta ProM UTM

PRK UTM SKUDAI

10hb Januari 2009: Duta-duta Pro Mahasiswa hari ini telah memulakan rapat umum untuk bertemu mata dengan mahasiswa UTM bertempat di Arked Meranti. Rapat Umum ini diadakan bagi memperkenalkan Pro Mahasiswa yang bertanding untuk Kerusi Umum. Anis Bin Abd Wahab dalam ucapannya menerangkan berkenaan manifesto Pro Mahasiswa yang di bawa pada pilihanraya kali ini. Empat agenda dalam manifesto yang akan di bawa oleh Pro Mahasiswa iaitu berkenaan Akademik, Kebajikan, Kepimpinan dan Perpaduan. Rapat umum ini diihat berjaya untuk menarik perhatian Mahasiswa yang hadir.

Respon yang diterima selepas rapat umum berakhir sangat baik dan kebanyakannya teruja untuk mengikuti siri-siri rapat umum seterusnya. Pro Mahasiswa berterima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mendengar sedikit ucapan dari duta-duta Pro M termasuk wakil Evolusi mahasiswa. Terima kasih juga kepada pihak keselamatan UTM yang banyak membantu dan menjaga Pro M sepanjang pilihanraya berlangsung. Student Power!!

Friday, January 2, 2009

Bantu Rakyat Palestin dengan QUNUT NAZILAH

Assalamualaikum w.b.t ..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan orang2 yang mengikuti jalan mereka sehingga ke penghujung dunia.

Bumi Palestin adalah merupakan bumi yang menjadi tempat Mi'rajnya nabi SAW dari Makkah al-Mukarramah. Allah SWT telah bersabda (bermaksud): "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk kami tunjukkan padanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami .." (al-Isra': 1)

Menunjukkan betapa kedudukan bumi Palestin ini begitu sekali penting di sisi Islam sehingga diperjalankan nabi SAW di dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda SAW. Di dalam hadis Rasulullah SAW, Baginda juga telah bersabda (yang bermaksud): "Tidak ada rehlah (perjalanan) bagi kamu kecuali pada 3 masjid ini: Masjidul Haram, Masjid aku (masjid Nabawi) dan Masjidul Aqsa". (hadis Sahih)

Namun pada hari ini dan saat ini, kita sedang melihat bahawa saudara kita di bumi Palestin (GAZA) sedang dibunuh oleh Yahudi laknatullah. Bilangan mangsa rakyat Palestin yang terbunuh bertambah ramai sehingga bilangannya mencecah ratusan orang terutamanya di kalangan anak-anak kecil dan wanita. Begitu juga dengan bilangan orang yang tercedera, jumlah mereka pada saat ini sudah mencecah ribuan orang. Hospital utama di GAZA pula tidak cukup bekalan untuk mengubati pesakit-pesakit yang tercedera sehingga ramai di kalangan mereka yang mati disebabkan oleh kekurangan bekalan.

Sahabat-sahabat ana sekalian,

Kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa ...

Kita tidak punya kekuatan untuk memikul senjata, bahkan kita tidak punya senjata untuk sama-sama berjihad membantu rakyat Palestin yang sedang dihuji dengan peluru dan bom yang bertebaran ...

Tetapi kita punya Allah saja saat ini !!!

Oleh itu, ANA MENYERU KEPADA SAHABAT - SAHABAT SEKALIAN, BANYAKKANLAH BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI SANA ... ANA MENYERU AGAR ANTUM MEMBACA QUNUT NAZILAH DI DALAM SOLAT NAFILAH PADA SETIAP KALI SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT FARDU, ATAUPUN SETIDAK-TIDAKNYA, DIRIKANLAH SOLAT WITIR (satu ataupun tiga rakaat) SEJURUS SELEPAS SOLAT ISYAK DAN AKHIRI RAKAAT TERAKHIR SOLAT TERSEBUT DENGAN QUNUT NAZILAH...

Dirikanlah ia secara bersendirian mahupun secara berjemaah.

Mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusu', tunduk dan hina memohon agar Allah SWT menghancurkan Yahudi laknatullah dan kuncu-kuncunya serta kuatkan iman dan perteguhkan kekuatan umat Islam di Palestin.

Allah SWT tidak membiarkan hambanya yang beriman dianiaya begitu sahaja, tetapi Allah SWT mahu hambanya terlebih dahulu bangun dan memohon kepadaNya ... Oleh itu, bantulah SAUDARA se-ISLAM kita di bumi Palestin.

Wallahu a'lam ..