Thursday, July 23, 2009

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN UTM 2009



Universiti Teknologi Malaysia telah dikenali sebagai salah satu universiti di Malaysia yang terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang. Dengan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar, pihak universiti telah menganjurkan pelbagai program bagi membantu mahasiswa dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Hal ini juga dapat mengurangkan nilai peratusan graduan yang menggangur di Malaysia. Oleh itu, Pusat Kaunseling & Kerjaya (PKK) dan Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (myKKDK) diberi peranan untuk menggalas tanggungjawab ini bersama-sama pihak tertinggi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (myKKDK), telah menganjurkan Karnival Kerjaya sejak tertubuhnya Kelab Kaunseling dan Kerjaya di UTM pada 1 Jun 1996 dan pencapaian dalam setiap Karnival Kerjaya tersebut amatlah positif bermula dari peringkat pengurusan sehinggalah kejayaan pelajar mendapatkan pekerjaan.

Tahun 2009 mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah bersetuju untuk bersama-sama Pusat Kaunseling & Kerjaya (PKK), Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (myKKDK) dan Kelab Keusahawanan UTM menganjurkan program yang penuh gilang-gemilang ini dengan nama “Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan UTM 2009 (KKKG UTM ’09)”. Butiran mengenai KKKG UTM ‘09:

Tempat:
Dewan Sultan Iskandar, Masjid Sultan Ismail, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Fakulti-fakulti sekitar UTM.
Tarikh:
7, 8 & 9 Ogos 2009

Bagi mempromosikan KKKG UTM ‘09 kepada seluruh warga kampus dan umum, beberapa buah subprogram telah dirancang oleh Majlis Eksekutif KKKG UTM ‘09. Antara subprogram KKKG UTM ‘09 adalah:
1) Kursus Pemantapan Crew
17 & 18 Julai 2009
2) Explorace Pro-X (sekolah menengah sekitar Johor)
18 Julai 2009
3) Bengkel Penulisan Resume & Grooming
25 Julai 2009
4) Seminar IT (Internet = Duit)
1 Ogos 2009
5) Futsal Pro-X (open Johor)
1 & 2 Ogos 2009
6) Road Tour KKKG UTM ‘09
27 – 31 Julai 2009

Organisasi KKKG UTM terdiri daripada pelajar-pelajar UTM dari pelbagai bidang dan merupakan ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya. Seramai 60 orang eksekutif telah dilantik untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak UTM.

DI JEMPUT BERAMAI RAMAI UNTUK HADIR KE KARNIVAL INI…

SILA SIAPKAN #RESUME# ANDA KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGHADIRI SESI TEMUDUGA PADA HARI TERSEBUT…

MAKLUMAT YANG SETERUSNYA AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA DI PAGE INI.

SEKIAN….

EXEC PUBLISITI..

MUHAMMAD FIRDAUS BIN AWALUDIN

UTK PERTANAYAAN LANJUT ~ 013-3936285 ( FIRDAUS )

~ 013-7060277 (KAZROL)

No comments: