Sunday, April 25, 2010

Takut....



Assalammualaikum.
Huh...sebenarnya, sudah lama ingin coretkan tulisan ini tetapi entahlah...idea tidak ada... buntu...tidak tahu di mana hendak mulakan. Tidak tahu bagaimana...

Persoalan TAKUT!!!

Takut untuk bermula...
Takut untuk menyampaikan. ..
Takut untuk gagal...

Tanyakan pada diri;

Apakah yang menyebabkan kita berasa takut??? Takut gagal????

Percayalah.. .selaku manusia yang lemah...kita tidak akan mampu mengubah apa-apa. Kita boleh berusaha... Kita boleh melakukan tetapi hasilnya adalah daripada Tuhan. Semuanya dengan izin Allah.

Kita boleh menyeru orang lain kepada Allah tetapi Dialah yang menetapkan sama ada manusia itu mengikut jalan yang telah ditetapkan atau sebaliknya.. .

Jadi... kembalilah kepada peranan kita sebagai khalifatullah yang bertanggungjawab untuk :

1) Mengabdikan diri kepada Allah.
2) Mengajak manusia kepada Allah.
3) Memakmurkan bumi Allah.

Kalau tidak mampu buat semua... usah tinggalkan segalanya...

Dengan kata lain... sekiranya kita tidak mampu untuk 'pantas' seperti dahulu (dalam menyampaikan dakwah contohnya), buatlah apa yang kita mampu. Usaha jangan sampai meninggalkan terus. Tidak termotivasi? Mintalah dengan Allah agar diberi kekuatan dan jalan. Kita sememangnya tidak kuat. Hanya Dia yang boleh membantu kita.

Masih tidak yakin/ percaya diri? Jom kita selusuri ...

Satu ketika dahulu, Allah telah memerintahkan Ibrahim untuk membina kembali Kaabah di tapak asalnya (Kaabah telah dibina sejak zaman Nabi Adam A.S.). Kemudian, Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyeru manusia kepadanya (ziarahi Kaabah). Berkata Ibrahim, " Ya, Allah. Bagaimana suaraku dapat sampai kepada pendengaran semua manusia?" Allah SWT menegaskan, "Tugas kamu hanyalah membuat seruan tetapi Akulah yang menyampaikan ke dalam hati manusia."

Pengajarannya?

Ya! Kita sebenarnya tidak perlu takut untuk berhadapan dengan kegagalan/ situasi tidak mencapai jaya kerana hakikatnya, segalanya adalah datang daripada Allah. Apa yang penting, kita berusaha keras dahulu. Kita mahu berjaya namun sekiranya ditakdirkan kejayaan itu belum menjadi milik kita, usahlah sekali-kali kita berputus asa. Allah ada mendengar setiap rintihan dan rayuan kita.

Masih lagi lemah?

Hmmm.... pilihlah untuk menjadi KUAT. Katakan pada diri, "AKU KUAT! AKU BOLEH BUAT!"Yakinlah Allah ada dan DIA maha dekat dengan diri kita. Gunakan kelebihan yang ada dalam diri kita untuk membawa manusia lainnya kepada Allah. Boleh jadi kita tidak pandai menyampaikan kuliah dan ceramah tetapi kita bisa menulis... Jadi, MENULISLAH.. . Boleh jadi kita tidak pandai menulis tetapi kita punya kelebihan dalam menarik orang lain untuk mendekati diri kita... Jadi, jadilah MURABBI yang mengasihi mutarabbinya :)

Justeru, kuatkan semangat. Bilamana terjatuh...cubalah bangkit. Kalau tidak mampu bangun...panggillah seseorang yang dekat untuk mengangkat kita. Kalau masih tidak boleh!!! Kembalilah kepada Dia yang tidak ada siapa yang mampu menandingi-Nya.

aspire to inspire before you expire

No comments: